Penjagaan Gigi dan Mulut Ketika Berpuasa

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 8:21 AM

Puasa merupakan satu ibadat yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam menjelang Ramadhan (kecuali bagi mereka yang mempunyai kondisi-kondisi tertentu yang tida mengizinkan, khususnya yang berkaitan dengan kesihatan umum tubuh badan); di luar dari itu, umat Islam turut disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu seperti puasa Nabi Daud, puasa hari Isnin dan Khamis, dan lain-lain.

Apakah perbezaan antara langkah penjagaan mulut sewaktu berpuasa berbanding hari biasa?

Jawapannya, tiada perbezaan yang signifikan. Malah, sewaktu berpuasa itulah kita perlu benar-benar menjaga kebersihan mulut kerana sering terjadi satu keadaan pada orang yang berpuasa yang dikenali sebagai halitosis (bau mulut).

Bau mulut ini timbul pada orang yang berpuasa kerana kita tidak makan dan tidak minum- malah mungkin kita kurang bercakap kerana keletihan, jadi kurangnya pergerakan mekanis mulut menyebabkan aliran saliva menjadi kurang daripada biasa. Saliva sangat penting untuk membersihkan rongga mulut secara semulajadi (buffer effect). Oleh itu, pada orang berpuasa, mulut menjadi kering, sisa-sisa makanan yang terdapat di dalam mulut (yang tidak dibersihkan) menjadi sumber aktiviti bakteria (mengahsilkan volatile sulfur compound)- dan hal inilah yang menyebabkan mulut jadi berbau.

Bau mulut menyebabkan seseorang itu dijauhi oleh teman-temannya, tidak ada orang yang dapat berkomunikasi secara selesa dengan orang yang mulutnya berbau, bau mulut meruntuhkan keyakinan diri, bayangkan bila ada temuduga dan presentation yang harus dikendalikan, bila mereka harus berdepan dengan pasangan- penampilan oral sangatlah memberi impak yang mendalam. Bau mulut hanya akan menjatuhkan maruah/kredabiliti seseorang serta memberi persepsi yang buruk tentang diri seseorang itu.

Reluctant..

Seringkali kita temukan bahawa ramainya umat Islam di Malaysia yang memegang doktrin konvesional dalam penjagaan gigi dan mulut ketika berpuasa, mereka tidak mahu:
  • mengamalkan penjagaan kebersihan mulut (oral hygiene) dengan baik seperti memberus gigi, memfloss gigi, berkumur dengan ubat kumur.
  • menjalankan perawatan gigi.

Mereka tidak harus dipersalahkan atas pegangan mereka ini kerana mereka mempunyai cara fikir yang berbeza, mungkin mereka mahu mengambil sikap yang lebih berhati-hati ataupun telah sekian lama diajarkan bahawa menggosok gigi ketika berpuasa itu hukumnya makruh.

Namun, perlu kita sedar bahawa Islam merupakan satu agama yang sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Ketika berpuasa, kita dibolehkan untuk memberus gigi dan melakukan perawatan gigi. Contoh:
(a) Rawatan scaling, root planning, dan pencabutan gigi dibenarkan dengan pertimbangan terhadap kesihatan umum pesakit BAIK.
(b) Rawatan pulp capping - dibenarkan.
(c) Aplikasi Varnish Fluoride - juga dibolehkan
(d) Anestesi lokal (spray, disapu atau diinjeksi) - dilakukan sebelum pencabutan atau perawatan endodontik misalnya, dibolehkan, (injeksi ini bukanlah injeksi yang bersifat nutritional yang bertujuan memberi tenaga, sebaliknya anestesi lokal bertujuan untuk mematikan rasa sakit).
(e) Ubat kumur - dibolehkan, dengan syarat tidak tertelan, sekiranya tidak sengaja maka tidak mengapa.
(f) Memberus gigi dengan ubat gigi- dibolehkan, terutama bagi membersihkan sisa-sisa makanan atau memberi kesegaran pada nafas. Ubat gigi sememangnya tidak boleh dimakan walaupun bukan pada waktu puasa.

Prinsipnya, segala bentuk penjagaan dan rawatan gigi dan mulut boleh dilakukan selama seseorang itu berpuasa, asalkan kesihatan umum pesakit baik dan doktor harus berhati-hati supaya pesakit tidak tertelan apa-apa bahan atau ubatan, ya, sikap berhati-hati ini perlu ada bukan hanya pada bulan Ramadhan, malah sepanjang masa sewaktu melakukan rawatan terhadap pesakit.

Alternatif...
Sekiranya wujud keadaan di mana pesakit tetap bersikap tegas tidak mahu rongga mulut nya 'disentuh' selama berpuasa, maka nasihat ini diharap sedikit sebanyak membantu, jalankan rutin seperti berikut:


(a) Gosok gigi sesdudah bersahur dan selepas berbuka, 2 kali sehari sudah mencukupi.
(b) Memakai ubat kumur setelah menggosok gigi selepas bersahur, sekali sehari sudah mencukupi, dan elakkan memakai mouthwash yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan mulut kering.
(c) Memfloss gigi, sesudah sahur dan berbuka.
(d) Mengatur jadual rawatan pergigian di luar waktu berpuasa, misalnya pada malam hari atau tunggu selepas bulan Ramadhan. Namun, untuk kes akut yang memerlukan penanganan segera, pesakit tidak perlu menunggu sehingga waktu malam/tamat bulan Ramadhan.

Konsep Islam itu Sederhana..
Bayangkan, sekiranya kita faham konsep Islam yang sederhana dan tidak menyusahkan umatnya, maka kita tidak perlu berasa berat untuk mengamalkan penjagaan gigi dan mulut sepanjang tempoh berpuasa, tidak perlu susah-susah untuk mengatur jadual menjalankan perawatan gigi dengan doktor gigi pada waktu malam atau sehingga selesai satu bulan Ramadhan (lebih-lebih lagi rawatan yang memerlukan beberapa kali kunjungan/visit).


Selamat beramal rakyat Malaysia tercinta!!




Nama Gigi Anda dan Bila ia Tumbuh.

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 10:59 PM



Ini merupakan gambaran di dalam mulut orang dewasa normal. Perhatikan pembahagiannya pada rahang atas (maksila) dan rahang bawah (mandibula). Perhatikan pula pembahagian kwadran di dalam mulut, ada 4 kwadran: K1 (atas kanan); K2 (atas kiri); K3 (bawah kiri) dan K4 (bawah kanan). Anda hanya perlu mengingat nama2 gigi dalam 1 kwadran gigi, cukup sekadar itu; kerana setiap kwadran adalah refleksi kepada kwadran di sebelahnya.




Jangan tak tahu yang setiap batang gigi kita ni mempunyai nama masing-masing. Apa tujuan nama? Nama fungsinya supaya kita tahu dan kenal sesuatu benda atau seseorang. Begitu juga dengan gigi. Jadi, bile orang tanya, gigi mana yang anda sakit? Anda sebut lah nama gigi nya, sekiranya perlu dijelaskan lagi, sebut pula posisinya. :)

Beberapa hal asas tentang gigi yang perlu kita tahu:

(1) Bilangan gigi susu yang dipunyai oleh kanak-kanak: 20 batang.
(2) Bilangan gigi permanen orang dewasa normal : 32 batang
(3) Erupsi Gigi (bila gigi tumbuh) - akan dijelaskan kemudian.

NAMA GIGI SUSU (lihat gambar di atas).
A: central incisor - gigi seri tengah
B: lateral incisor - gigi seri kedua
C: caninus - gigi taring
D: First molar - geraham pertama
E: Second molar - geraham kedua

Geraham pertama gigi susu akan diganti dengan pra-geraham pertama gigi kekal. Begitu juga dengan geraham kedua gigi susu, akan diganti dengan pra-geraham kedua gigi kekal. Terdapat pertambahan gigi pada orang dewasa, iaitu geraham pertama, kedua dan ketiga (tidak semua orang memiliki geraham ketiga), menjadikan asal 5 batang gigi susu yang terdapat dalam 1 kwadran (5 batang x 4 kwadran = 20 batang) diganti dengan 8 batang gigi kekal dalam 1 kwadran (8 batang x 4 kwadran = 32 batang gigi kekal).

NAMA GIGI KEKAL (lihat gambar di atas).
1: Central Incisor (gigi seri tengah)
2: Lateral Incisor (gigi seri kedua)
3: Canine (gigi taring)
4: First Premolar (pra geraham pertama)
5: Second Premolar (pra geraham kedua)
6: First Molar (geraham pertama)
7: Second Molar (geraham kedua)
8: Third Molar (geraham ketiga)

Pesanan penaja
: Saya nasihatkan agar sambil membaca, anda menyemak gigi-gigi yang terdapat di dalam mulut anda, supaya dpat diketahui sekiranya wujud bilangan gigi yang abnormal. ;)

Erupsi Gigi

Erupsi bermaksud proses pertumbuhan gigi menembusi gusi untuk tumbuh ke dalam tulang rahang dan menduduki posisi tertentu dalam rongga mulut. Bila gigi mula bertumbuh dan gigi yang mana yang muncul pada umur-umur tertentu.
Perhatikan gigi anak-anak anda dari mula-mula ia dilahirkan, atau selepas beberapa bulan, sampai umurnya bertambah.


Jom Berkenalan Dengan Gigi Anda..

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 11:44 PM

Gigi anda seperti sebatang pokok, terdapat bahagian yang boleh dilihat oleh mata (bahagian mahkota/crown), dan ada bahagian yang tidak terlihat, iaitu bahagian akarnya yang tertanam di dalam gusi dan tulang rahang (alveolar bone).
Gigi terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan terluar dikenali sebagai ENAMEL yang terbina dari kalsium hidroksi apatit, satu unsur inorganik pada gigi dan merupakan kristal keras yang menyebabkan lapisan ini menjadi bahagian paling keras dalam tubuh. Lapisan berikutnya ialah DENTIN, yang kekerasannya lebih rendah dari kekerasan enamel. Pulpa di ruang tengah bahagian dalam gigi mengandungi saraf2 yang mengendalikan sensasi panas, sejuk, dan sakit. Pulpa juga mengandungi pembuluh darah kecil di dalamnya.
STRUKTUR GIGI
  1. Mahkota (Crown) - bahagian gigi yang boleh dilihat, yang terletak di atas garis pembatas gusi. Bahagian gigi yang diliputi enamel dipanggil sebagai "mahkota anatomi". Panjang bahagian mahkota ini boleh bertambah seiring dengan bertambahnya usia kita, kerana gusi akan mengalami penurunan (gum's receding) dan penyakit periodontal juga boleh menyebabkan tisu-tisu sekitar gusi musnah, jadi gusi menjadi berkurang dan gigi terlihat bertambah panjang walaupun pada dasarnya, gigi sebenarnya tidak bertumbuh. Gusi yang menurun akan menyebabkan bahagian akar yang terdedah menjadi lebih luas, gigi menjadi longgar dan tidak stabil. "Mahkota anatomi" ini juga boleh menjadi semakin kecil seiring bertambahnya usia disebabkan oleh erosi, atrisi, dan abrasi enamel, proses ini selalunya berlaku secara perlahan-lahann tapi dapat pula dipercepatkan dengan keadaan oklusi seseorang yang tidak normal (maloklusi) dan satu tabiat/kebiasaan seseorang yang berlaku tanpa disedari seperti "night grinding" (melaga-lagakan gigi atas dan bawah dengan tekanan yang kuat, terutama ketika tidur).
  2. Servikal (neck ) - bahagian di mana mahkota bertemu dengan akar.
  3. Akar (root) - bahagian gigi yang tertanam dalam tulang rahang/alveolar atas dan bawah. Akar yang terbentuk pada setiap gigi bergantung kepada jenis gigi tersebut, misalnya, gigi incisivus(incisors/gigi seri) dan caninus(gigi taring) mempunyai akar tunggal. Gigi Molar (geraham) pula boleh mempunyai satu akar, atau dua, atau tiga akar, tergantung kepada jenis molar nya dan lokasi nya berada di dalam mulut. Di hujung setiap akar, akan ada satu bukaan/lubang kecil yang dikenali sebagai "foramen apikal", di sinilah tempat laluan pembuluh darah dan saraf masuk ke gigi anda.
  4. Enamel - lapisan pelindung dan terluar yang keras yang melapisi mahkota anatomi gigi. Ia berkebolehan menahan tekanan ketika gigi menjalankan fungsi mengunyah, menggigit dan mengisar makanan. Tetapi ia juga bersifat mudah retak disebabkan tahap elastik nya yang rendah. Jadi jika terjadi trauma atau kecederaan yang menyebabkan keretakan gigi, tubuh tidak berupaya untuk membaikinya menjadi seperti keadaan asal/normal semula, sebagaimana tubuh membaiki tulang yang patah, jadi sangat penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi gigi anda daripada terkena kecederaan, trauma, perlanggaran dengan benda keras, kemalangan dan hentakan. Gigi yang hilang atau retak tiada gantinya. Misalnya, sesetengah orang memakai "mouth guard" ketika bersukan. Enamel bersifat translusen, di mana cahaya boleh menembusinya, tetapi kurang jelas/masih kabur. Walaupun enamel merupakan lapisan terluar gigi, tetapi sebenarnya lapisan yang paling berperanan dalam menentukan warna gigi adalah lapisan dentin yang berada di bawah permukaan enamel. konsumsi makanan/minuman seperti kopi, teh, tembakau, dan kurangnya menjaga kebersihan mulut boleh menyebabkan pewarnaan pada luar permukaan enamel. Doktor gigi boleh menghilangkan pewarnaan ini dengan teknik pemolesan (pengilatan).
  5. Sementum - adalah lapisan yang melindungi akar gigi. Ia tidaklah sekeras enamel, dan tidak berwarna putih sebagaimana enamel. Sementum melekat pada serat2 halus yang membantu menghubungkan gigi ke tulang rahang.
  6. Dentin - merupakan substans seperti tulang yang merupakan bahagian terbesar pada gigi. Ia terletak di bawah enamel dalam mahkota dan di bawah sementum dalam bahagian akar. Memainkan peranan dalam memberi warna pada gigi. Biasanya gigi berwarna putih keabu-abuan transparan atau kuning, bukan putih yang sebenar-benarnya. Pewarnaan mahupun lunturnya warna gigi (discolouration) berpunca daripada beberapa sebab, penggunaan florida yang berlebihan, penggunaan ubatan seperti tetrasiklin ketika gigi sedang di tahap tumbuh kembang. Warna gigi juga boleh menjadi lebih gelap seiring dengan pertambahan usia, hal ini boleh diatasi dengan teknik "whitening".
  7. Pulpa dan rongga pulpa - Pada bahagian tengah gigi, di bawah lapisan dentin, terdapat rongga pulpa. Ruang ini mengandungi pembuluh2 darah, saraf, dan tisu penghubung. Suplai darah pada pulpa ini memberi bekalan nutrien dan oksigen untuk memastikan gigi sentiasa 'hidup'. Bahagian rongga pulpa yang terletak dalam akar pula dikenali sebagai ruang pulpa (root/pulp canal). Bahagian pulpa yang menonjol ke arah atas atau ke arah cusps dipanggil "tanduk pulpa" (pulp horn).
  8. Ruang pulpa - Ruang pulpa adalah ruang yang terbuka di dalam akar. Pembuluh darah dan saraf memasuki gigi melalui ruang pulpa ini dan menjadi sebahagian daripada pulpa. Kadangkala, pulpa terinflamasi, terinfeksi dan sudah tidak boleh lagi menyalurkan bekalan nutrien kepada gigi. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, boleh dilakukan perawatan terapi untuk pulpa, bagi mengelakkan gigi asal hilang disebabkan oleh pencabutan.
  9. Foramen apikal - satu bukaan halus di hujung kecil setiap akar yang memberikan laluan masuk untuk pembuluh darah dan saraf ke gigi.

Struktur di sekeliling gigi yang memberi sokongan kepada kedudukan gigi dan hubungannya dengan struktur di sekitarnya dikenali sebagai periodonsium. Ia terdiri daripada gingiva (gusi), sementum, tulang alveolar (rahang), dan ligamen periodontal. Rawatan terhadap gusi dan penyakit di sekitarnya dikenali sebagai periodontik.

KAITAN ANTARA PENYAKIT 'DM' KESIHATAN ORAL.

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 4:13 AM

Kesehatan Gigi dan Mulut Pada Penderita Diabetes Melitus

Jumlah penderita Diabetes Mellitus atau yang biasa dikenal oleh masyarakat awam sebagai penyakit kencing manis semakin meningkat tiap tahunnya. Dari data yang dilansir WHO, Indonesia menempati urutan keempat dalam urutan negara-negara yang memiliki jumlah penderita diabetes terbanyak di dunia.

Diabetes Mellitus adalah penyakit gangguan metabolisme tubuh di mana hormon insulin tidak bekerja sebagaimana mestinya. Insulin adalah hormon yang diproduksi oleh kelenjar pankreas dan berfungsi untuk mengontrol kadar gula dalam darah dengan mengubah karbohidrat, lemak dan protein menjadi energi.

Pada penderita diabetes tipe 1, kelenjar pankreas tidak mampu memproduksi insulin, sehingga jumlah insulin beredar dalam tubuh tidak mencukupi kebutuhan. Lain halnya pada diabetes tipe 2, hormon insulin tetap diproduksi namun tidak dapat berfungsi dengan baik. Menurut Prof. Sidartawan SpPD, sebagian besar penderita diabetes di Indonesia mengidap diabetes tipe 2. Diabetes tipe ini secara umum biasa dikaitkan dengan usia lanjut. Diabetes tipe 2 ini juga disebabkan karena obesitas (kegemukan) dan gaya hidup yang tidak sehat (pola makan tinggi lemak, dan jarang berolah raga).

Mengapa kesehatan rongga mulut sangat penting pada penderita diabetes?

Kadar gula darah yang tidak terkontrol menyebabkan penderita diabetes beresiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kesehatan mulut. Diabetes yang tidak terkontrol mengganggu sel darah putih dan sel-sel imun seperti neutrofil, monosit dan makrofag yang berfungsi untuk pertahanan tubuh. Hal ini menyebabkan kemampuan tubuh untuk melawan bakteri menjadi menurun, dan penderita menjadi lebih rentan terhadap infeksi. Di tambah lagi dengan adanya peningkatan kadar sel radang dalam cairan saku gusi,menyebabkan jaringan periodontal lebih mudah terinfeksi dan menyebabkan kerusakan tulang.

Penderita Diabetes Mellitus rentan terhadap masalah-masalah dalam rongga mulut seperti:

1. Mulut kering (xerostomia).

Diabetes yang tidak terkontrol menyebabkan penurunan aliran saliva (air liur), sehingga mulut terasa kering. Saliva memiliki efek self-cleansing, di mana alirannya dapat berfungsi sebagai pembilas sisa-sisa makanan dan kotoran dari dalam mulut. Jadi bila aliran saliva menurun maka akan menyebabkan timbulnya rasa tak nyaman, lebih rentan untuk terjadinya ulserasi (luka), infeksi, dan lubang gigi.

2. Radang gusi (gingivitis) dan radang jaringan periodontal (periodontitis).

Selain ,merusak sel darah putih, komplikasi lain dari diabetes adalah menebalnya pembuluh darah sehingga memperlambat aliran nutrisi dan produk sisa dari tubuh. Lambatnya aliran darah ini menurunkan kemampuan tubuh untuk memerangi infeksi, sedangkan periodontitis adalah penyakit yang disebabkan oleh infeksi bakteri. Jadi infeksi bakteri pada penderita diabetes lebih berat.

Ada banyak faktor yang menjadi pencetus atau yang memperberat periodontitis, di antaranya akumulasi plak, kalkulus (karang gigi), dan faktor sistemik atau kondisi tubuh secara umum. Rusaknya jaringan periodontal membuat gusi tidak lagi melekat ke gigi, tulang menjadi rusak, dan lama kelamaan gigi menjadi goyang. Angka kasus penyakit periodontal di masyarakat cukup tinggi meski banyak yang tidak menyadarinya, dan penyakit ini merupakan penyebab utama hilangnya gigi pada orang dewasa.

3. Luka sukar sembuh.

Diabetes yang tidak terkontrol membuat penyembuhan luka pada penderita diabetes lebih lama dan lebih sulit daripada orang normal, karena adanya gangguan aliran darah ke tempat terjadinya luka.

4. Oral thrush.

Penderita diabetes yang sering mengkonsumsi antibiotik untuk memerangi infeksi sangat rentan mengalami infeksi jamur pada mulut dan lidah. Apalagi penderita diabetes yang merokok, resiko terjadinya infeksi jamur jauh lebih besar.

Jadi, poin-poin yang harus diperhatikan mengenai kesehatan gigi dan mulut pada penderita diabetes adalah :

  1. Jaga kadar gula darah sedekat mungkin dengan kadar gula darah normal, terutama dengan cara menerapkan gaya hidup sehat.
  2. Jaga kebersihan gigi dan mulut sebaik mungkin, agar memperkecil resiko terjadinya karies, gingivitis, ataupun periodontitis. Masalah yang terjadi di rongga mulut penderita diabetes dapat mengarah ke penyakit lain.
  3. Jangan lupa informasikan mengenai kondisi diabetes bila berkunjung ke dokter gigi, terutama bila hendak mencabut gigi. Seperti yang telah dijelaskan di atas, luka pada penderita diabetes sukar sembuh. Ini termasuk juga luka setelah pencabutan gigi. Selain itu juga ada resiko terjadinya infeksi sekunder dan pendarahan yang cukup banyak setelah tindakan oleh dokter gigi. Oleh karena itu dokter gigi akan memberikan tindakan premedikasi bila dipandang perlu, sebelum melakukan tindakan perawatan pada penderita diabetes.
  4. Kecuali sangat mendesak, sebaiknya hindari perawatan gigi bila kadar gula darah sedang tinggi. Normalkan dahulu kadar gula darah, baru kunjungi dokter gigi kembali.
  5. Pemakaian alat-alat seperti gigi tiruan ataukawat orthodontik perlu mendapat perhatian khusus. Pemakai gigi tiruan harus melepas gigi tiruan sebelum tidur dan dibersihkan dengan seksama agar meminimalkan kemungkinan terjadinya infeksi jamur karena kebersihan yang tidak terjaga.
SUMBER: Klikdokter-Menuju Indonesia Sehat

Bau Mulut Ketika Berpuasa.

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 11:19 PM

Soalan: Kalau bau mulut semasa puasa tu dikira halitosis juga ke? Macammana ia berlaku?

al-Jawabb:

Bau mulut ketika berpuasa termasuk dalam kategori halitosis/bad breath, puncanya ialah mulut kering/kurangnya rembesan air liur ketika berpuasa. Berikut ini saya letakkan ulasan seorang doktor gigi tentang punca-punca halitosis, salah satunya ialah kekurangan air liur .

Air liur adalah bahan pembilas (pelembap) mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi, juga dapat membantu meneutralkan asid makanan dalam mulut yang boleh menyebabkan demineralisasi enamel gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selian itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.


Punca kekurangan air liur

- mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
- bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
- berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
- pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
- pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
- penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
- kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
- stress : mengurangkan pengaliran air liur

Saya harap informasi ini dapat membantu sahabat yang bertanya.


Teknik Memberus Gigi

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 10:09 PM

Gambar panduan di atas ini menunjukkan teknik memberus gigi yang benar (www.apsaradental.com). Anda boleh klik pada gambar untuk membesarkan imej.

Kebanyakan teknik memberus gigi yang dipilih oleh pakar-pakar pergigian ialah "roll methode". Teknik ini merupakan teknik yang agak sederhana, sesuai bagi mereka yang giginya mengalami masalah hipersensitif. Caranya:
  1. Bahagian permukaan berus gigi diletakkan bersentuhan dengan bahagian luar gusi dengan bulu berus gigi ke arah akar dan sejajar dengan panjang gigi (top-bottom).
  2. Kemudian, berus diputar perlahan-lahan ke bawah pada rahang atas dan ke atas secara perlahan-lahan pada rahang bawah sehingga bulu berus gigi dapat menggosok seluruh permukaan gigi dan gusi.
  3. Lakukan dalam lebih kurang 10 putaran untuk permukaan gigi yang menghadap ke pipi/bibir (buccal/labial) dan kemudian berus gigi digeser ke permukaan gigi yang menghadap ke lidah (lingual).
  4. jika semua permukaan yang menghadap ke pipi dan lidah sudah dibersihkan, dataran permukaan gigi dapat diberus dengan pergerakan memutar (rotation). Jangan lupa untuk memberus untuk memberus permukaan lidah agar sisa-sisa makanan yang masih terlekat dalam mulut dapat dihilangkan semaksimum mungkin.
  5. Kumurlah berkali-kali (2/3 kali) untuk membilas seluruh permukaan rongga mulut yang sudah diberus.
  6. Untuk kesan yang lebih sempurna, digalakkan berkumur dengan 'mouthwash' selepas memberus gigi untuk mematikan kuman/bakteria dan memakai 'dental floss' bagi membuang sisa2 di celah-celah gigi yang menjadi punca pembentukan plak dan karies gigi. Rutin yang wajar ialah: berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, floss sekurang-kurangnya sekali sehari dan guna mouthwash dua kali sehari. Berus gigi mungkin perlu diganti dengan kerap, dua kali sebulan atau sebulan sekali.
Anda dijemput untuk menonton animasi di website ini sekiranya memerlukan gambaran yang lebih jelas tentang teknik-teknik memberus yang betul. Mulakan memberus gigi dengan teknik yang betul dari sekarang!!!
p/s: Pesanan buat diri ini juga..

Pemilihan Berus Gigi

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 2:27 PM

Bismillah.Assalamu'alaikum wbkth.

Dalam masa beberapa minit ini akan saya ulas sedikit tentang bersiwak/memberus gigi ni..Sebenarnya, banyak juga masalah kesihatan gigi dan mulut berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah, walaupun dalam sehari tu seseorang memberus gigi beberapa kali tapi kalau tekniknya salah, ia tidak dapat memberi kesan yang signifikan, malah, mungkin boleh menimbulkan dampak buruk yang lain seperti 'gum's recession', 'bleeding gum', penipisan enamel dan sebagainya. Jadi, di sini yang ulas sedikit tentang pemilihan berus gigi yang sesuai dan teknik memberus gigi yang benar, selaras dengan anjuran Rasulullah SAW supaya kita menitikberatkan 'siwak' ini dalam sarana menjaga kebersihan gigi, mulut dan kesihatan oral.

Panduan Pemilihan Berus Gigi (Guide to toothbrushes).
Sebagai pengguna, sudah tentu kita seringkali tercari-cari dan cuba memilih berus gigi yang sesuai atau paling bagus untuk dipakai. Kalau anda bertanya kepada saya, saya tidak akan mempromosikan mana-mana 'brand' berus gigi sekalipun iklan tentangnya sering dikormesialkan di media massa mahupun media elektronik, dengan pelbagai bentuk, saiz, ciri-ciri yang canggih, warna yang menarik, ada yang jenis manual dan ada yang elektrik, terkadang sukar untuk buat pilihan!!! Ada pula jenis berus gigi yang tangkainya fleksibel, boleh membengkok bila dimasukkan ke dalam mulut, saiz berusnya bervariasi dari segi panjang dan warna, kononnya dicipta sedemikian rupa supaya dapat mencapai bahagian celah-celah gigi yang sulit dicapai berus gigi ketika menggosok gigi. Impressive, tapi benarkah ia lebih baik daripada berus gigi biasa?? Jawapannya, tidak semestinya!!! Faktnya, berus gigi tidak tertakluk pada mana-mana 'clinical trial' yang boleh membuktikan bahawa sesuatu brand berus gigi itu lebih bagus daripada yang satu lagi.
Apakah perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa memilih berus gigi? Jawapannya ialah keselesaan dan kebolehannya mencapai gigi bahagian paling belakang dalam mulut anda.
Antara ciri-ciri utama lain:-
  1. Rasa selesa ketika memegang berus gigi tersebut - Pemegang/tangkai berus gigi terkadang panjang, ada yang pendek, tebal dan nipis, ada yang fleksibel, dan ada yang kaku, ada yang halus dan ada yang kasar, pilihlah yang mana kamu rasa kamu boleh pegang dengan pegangan yang 'santai' (macam pegang pen ketika menulis), fit dan selesa digunakan.
  2. Sesuai dengan saiz mulut anda - Saiz mulut bagi setiap orang berbeza mengikut ukuran badan dan umur, jadi pilihlah yang sesuai dengan ukuran mulut anda, samaada kecil atau besar, pastikan berus gigi yang dipilih dapat mencapai gigi-gigi pada bahagian belakang mulut dan boleh memberus lebih daripada 1 batang gigi pada masa yang sama.
  3. Berus gigi yang dipilih mestilah lembut (soft/extra soft bristles) - bagi mengelakkan kecedaraan gusi, especially bagi seseorang yang sering bersiwak (take note), gunalah berus gigi yang lembut (soft/extra soft).
  4. Sekiranya sesuatu produk berus gigi itu ada mempunyai logo yang menandakan ianya telah diuji oleh pihak berautoriti dan melepasi standard piawaian, maka itu adalah lebih digalakkan.
Anda juga boleh memilih berus gigi elektrik (powered toothbrush), sekiranya anda inginkan kebersihan yang lebih terjamin (mungkin seseorang itu tidak terlalu yakin dengan teknik manual yang digunakannya), lebih mudah dan masa yang diperuntukkan lebih lama, berkesan dalam mengurangkan plak pada gigi.
Just bear in mind, gosoklah gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, setiap kali paling kurang 2-4 minit, dengan teknik memberus yang tepat untuk mengurangkan plak dan memastikan kesihatan oral terpelihara, kebersihan gigi dan mulut tidak bergantung kepada jenis berus gigi yang anda pakai, tapi teknik yang anda pakai sangat memainkan peranan yang signifikan.