Penjagaan Gigi dan Mulut Ketika Berpuasa

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 8:21 AM

Puasa merupakan satu ibadat yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam menjelang Ramadhan (kecuali bagi mereka yang mempunyai kondisi-kondisi tertentu yang tida mengizinkan, khususnya yang berkaitan dengan kesihatan umum tubuh badan); di luar dari itu, umat Islam turut disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu seperti puasa Nabi Daud, puasa hari Isnin dan Khamis, dan lain-lain.

Apakah perbezaan antara langkah penjagaan mulut sewaktu berpuasa berbanding hari biasa?

Jawapannya, tiada perbezaan yang signifikan. Malah, sewaktu berpuasa itulah kita perlu benar-benar menjaga kebersihan mulut kerana sering terjadi satu keadaan pada orang yang berpuasa yang dikenali sebagai halitosis (bau mulut).

Bau mulut ini timbul pada orang yang berpuasa kerana kita tidak makan dan tidak minum- malah mungkin kita kurang bercakap kerana keletihan, jadi kurangnya pergerakan mekanis mulut menyebabkan aliran saliva menjadi kurang daripada biasa. Saliva sangat penting untuk membersihkan rongga mulut secara semulajadi (buffer effect). Oleh itu, pada orang berpuasa, mulut menjadi kering, sisa-sisa makanan yang terdapat di dalam mulut (yang tidak dibersihkan) menjadi sumber aktiviti bakteria (mengahsilkan volatile sulfur compound)- dan hal inilah yang menyebabkan mulut jadi berbau.

Bau mulut menyebabkan seseorang itu dijauhi oleh teman-temannya, tidak ada orang yang dapat berkomunikasi secara selesa dengan orang yang mulutnya berbau, bau mulut meruntuhkan keyakinan diri, bayangkan bila ada temuduga dan presentation yang harus dikendalikan, bila mereka harus berdepan dengan pasangan- penampilan oral sangatlah memberi impak yang mendalam. Bau mulut hanya akan menjatuhkan maruah/kredabiliti seseorang serta memberi persepsi yang buruk tentang diri seseorang itu.

Reluctant..

Seringkali kita temukan bahawa ramainya umat Islam di Malaysia yang memegang doktrin konvesional dalam penjagaan gigi dan mulut ketika berpuasa, mereka tidak mahu:
  • mengamalkan penjagaan kebersihan mulut (oral hygiene) dengan baik seperti memberus gigi, memfloss gigi, berkumur dengan ubat kumur.
  • menjalankan perawatan gigi.

Mereka tidak harus dipersalahkan atas pegangan mereka ini kerana mereka mempunyai cara fikir yang berbeza, mungkin mereka mahu mengambil sikap yang lebih berhati-hati ataupun telah sekian lama diajarkan bahawa menggosok gigi ketika berpuasa itu hukumnya makruh.

Namun, perlu kita sedar bahawa Islam merupakan satu agama yang sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Ketika berpuasa, kita dibolehkan untuk memberus gigi dan melakukan perawatan gigi. Contoh:
(a) Rawatan scaling, root planning, dan pencabutan gigi dibenarkan dengan pertimbangan terhadap kesihatan umum pesakit BAIK.
(b) Rawatan pulp capping - dibenarkan.
(c) Aplikasi Varnish Fluoride - juga dibolehkan
(d) Anestesi lokal (spray, disapu atau diinjeksi) - dilakukan sebelum pencabutan atau perawatan endodontik misalnya, dibolehkan, (injeksi ini bukanlah injeksi yang bersifat nutritional yang bertujuan memberi tenaga, sebaliknya anestesi lokal bertujuan untuk mematikan rasa sakit).
(e) Ubat kumur - dibolehkan, dengan syarat tidak tertelan, sekiranya tidak sengaja maka tidak mengapa.
(f) Memberus gigi dengan ubat gigi- dibolehkan, terutama bagi membersihkan sisa-sisa makanan atau memberi kesegaran pada nafas. Ubat gigi sememangnya tidak boleh dimakan walaupun bukan pada waktu puasa.

Prinsipnya, segala bentuk penjagaan dan rawatan gigi dan mulut boleh dilakukan selama seseorang itu berpuasa, asalkan kesihatan umum pesakit baik dan doktor harus berhati-hati supaya pesakit tidak tertelan apa-apa bahan atau ubatan, ya, sikap berhati-hati ini perlu ada bukan hanya pada bulan Ramadhan, malah sepanjang masa sewaktu melakukan rawatan terhadap pesakit.

Alternatif...
Sekiranya wujud keadaan di mana pesakit tetap bersikap tegas tidak mahu rongga mulut nya 'disentuh' selama berpuasa, maka nasihat ini diharap sedikit sebanyak membantu, jalankan rutin seperti berikut:


(a) Gosok gigi sesdudah bersahur dan selepas berbuka, 2 kali sehari sudah mencukupi.
(b) Memakai ubat kumur setelah menggosok gigi selepas bersahur, sekali sehari sudah mencukupi, dan elakkan memakai mouthwash yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan mulut kering.
(c) Memfloss gigi, sesudah sahur dan berbuka.
(d) Mengatur jadual rawatan pergigian di luar waktu berpuasa, misalnya pada malam hari atau tunggu selepas bulan Ramadhan. Namun, untuk kes akut yang memerlukan penanganan segera, pesakit tidak perlu menunggu sehingga waktu malam/tamat bulan Ramadhan.

Konsep Islam itu Sederhana..
Bayangkan, sekiranya kita faham konsep Islam yang sederhana dan tidak menyusahkan umatnya, maka kita tidak perlu berasa berat untuk mengamalkan penjagaan gigi dan mulut sepanjang tempoh berpuasa, tidak perlu susah-susah untuk mengatur jadual menjalankan perawatan gigi dengan doktor gigi pada waktu malam atau sehingga selesai satu bulan Ramadhan (lebih-lebih lagi rawatan yang memerlukan beberapa kali kunjungan/visit).


Selamat beramal rakyat Malaysia tercinta!!




2 comments:

Unknown said...

semoga menjadi dentist yang berjaya insyaALLAH

- sayalah suka, hihi-

azrai said...

terima kasih atas perkongsian , sangat bermanfaat