Bau Mulut Ketika Berpuasa.

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 11:19 PM

Soalan: Kalau bau mulut semasa puasa tu dikira halitosis juga ke? Macammana ia berlaku?

al-Jawabb:

Bau mulut ketika berpuasa termasuk dalam kategori halitosis/bad breath, puncanya ialah mulut kering/kurangnya rembesan air liur ketika berpuasa. Berikut ini saya letakkan ulasan seorang doktor gigi tentang punca-punca halitosis, salah satunya ialah kekurangan air liur .

Air liur adalah bahan pembilas (pelembap) mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi, juga dapat membantu meneutralkan asid makanan dalam mulut yang boleh menyebabkan demineralisasi enamel gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selian itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.


Punca kekurangan air liur

- mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
- bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
- berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
- pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
- pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
- penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
- kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
- stress : mengurangkan pengaliran air liur

Saya harap informasi ini dapat membantu sahabat yang bertanya.


0 comments: