Nama Gigi Anda dan Bila ia Tumbuh.

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 10:59 PM



Ini merupakan gambaran di dalam mulut orang dewasa normal. Perhatikan pembahagiannya pada rahang atas (maksila) dan rahang bawah (mandibula). Perhatikan pula pembahagian kwadran di dalam mulut, ada 4 kwadran: K1 (atas kanan); K2 (atas kiri); K3 (bawah kiri) dan K4 (bawah kanan). Anda hanya perlu mengingat nama2 gigi dalam 1 kwadran gigi, cukup sekadar itu; kerana setiap kwadran adalah refleksi kepada kwadran di sebelahnya.




Jangan tak tahu yang setiap batang gigi kita ni mempunyai nama masing-masing. Apa tujuan nama? Nama fungsinya supaya kita tahu dan kenal sesuatu benda atau seseorang. Begitu juga dengan gigi. Jadi, bile orang tanya, gigi mana yang anda sakit? Anda sebut lah nama gigi nya, sekiranya perlu dijelaskan lagi, sebut pula posisinya. :)

Beberapa hal asas tentang gigi yang perlu kita tahu:

(1) Bilangan gigi susu yang dipunyai oleh kanak-kanak: 20 batang.
(2) Bilangan gigi permanen orang dewasa normal : 32 batang
(3) Erupsi Gigi (bila gigi tumbuh) - akan dijelaskan kemudian.

NAMA GIGI SUSU (lihat gambar di atas).
A: central incisor - gigi seri tengah
B: lateral incisor - gigi seri kedua
C: caninus - gigi taring
D: First molar - geraham pertama
E: Second molar - geraham kedua

Geraham pertama gigi susu akan diganti dengan pra-geraham pertama gigi kekal. Begitu juga dengan geraham kedua gigi susu, akan diganti dengan pra-geraham kedua gigi kekal. Terdapat pertambahan gigi pada orang dewasa, iaitu geraham pertama, kedua dan ketiga (tidak semua orang memiliki geraham ketiga), menjadikan asal 5 batang gigi susu yang terdapat dalam 1 kwadran (5 batang x 4 kwadran = 20 batang) diganti dengan 8 batang gigi kekal dalam 1 kwadran (8 batang x 4 kwadran = 32 batang gigi kekal).

NAMA GIGI KEKAL (lihat gambar di atas).
1: Central Incisor (gigi seri tengah)
2: Lateral Incisor (gigi seri kedua)
3: Canine (gigi taring)
4: First Premolar (pra geraham pertama)
5: Second Premolar (pra geraham kedua)
6: First Molar (geraham pertama)
7: Second Molar (geraham kedua)
8: Third Molar (geraham ketiga)

Pesanan penaja
: Saya nasihatkan agar sambil membaca, anda menyemak gigi-gigi yang terdapat di dalam mulut anda, supaya dpat diketahui sekiranya wujud bilangan gigi yang abnormal. ;)

Erupsi Gigi

Erupsi bermaksud proses pertumbuhan gigi menembusi gusi untuk tumbuh ke dalam tulang rahang dan menduduki posisi tertentu dalam rongga mulut. Bila gigi mula bertumbuh dan gigi yang mana yang muncul pada umur-umur tertentu.
Perhatikan gigi anak-anak anda dari mula-mula ia dilahirkan, atau selepas beberapa bulan, sampai umurnya bertambah.


Jom Berkenalan Dengan Gigi Anda..

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 11:44 PM

Gigi anda seperti sebatang pokok, terdapat bahagian yang boleh dilihat oleh mata (bahagian mahkota/crown), dan ada bahagian yang tidak terlihat, iaitu bahagian akarnya yang tertanam di dalam gusi dan tulang rahang (alveolar bone).
Gigi terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan terluar dikenali sebagai ENAMEL yang terbina dari kalsium hidroksi apatit, satu unsur inorganik pada gigi dan merupakan kristal keras yang menyebabkan lapisan ini menjadi bahagian paling keras dalam tubuh. Lapisan berikutnya ialah DENTIN, yang kekerasannya lebih rendah dari kekerasan enamel. Pulpa di ruang tengah bahagian dalam gigi mengandungi saraf2 yang mengendalikan sensasi panas, sejuk, dan sakit. Pulpa juga mengandungi pembuluh darah kecil di dalamnya.
STRUKTUR GIGI
  1. Mahkota (Crown) - bahagian gigi yang boleh dilihat, yang terletak di atas garis pembatas gusi. Bahagian gigi yang diliputi enamel dipanggil sebagai "mahkota anatomi". Panjang bahagian mahkota ini boleh bertambah seiring dengan bertambahnya usia kita, kerana gusi akan mengalami penurunan (gum's receding) dan penyakit periodontal juga boleh menyebabkan tisu-tisu sekitar gusi musnah, jadi gusi menjadi berkurang dan gigi terlihat bertambah panjang walaupun pada dasarnya, gigi sebenarnya tidak bertumbuh. Gusi yang menurun akan menyebabkan bahagian akar yang terdedah menjadi lebih luas, gigi menjadi longgar dan tidak stabil. "Mahkota anatomi" ini juga boleh menjadi semakin kecil seiring bertambahnya usia disebabkan oleh erosi, atrisi, dan abrasi enamel, proses ini selalunya berlaku secara perlahan-lahann tapi dapat pula dipercepatkan dengan keadaan oklusi seseorang yang tidak normal (maloklusi) dan satu tabiat/kebiasaan seseorang yang berlaku tanpa disedari seperti "night grinding" (melaga-lagakan gigi atas dan bawah dengan tekanan yang kuat, terutama ketika tidur).
  2. Servikal (neck ) - bahagian di mana mahkota bertemu dengan akar.
  3. Akar (root) - bahagian gigi yang tertanam dalam tulang rahang/alveolar atas dan bawah. Akar yang terbentuk pada setiap gigi bergantung kepada jenis gigi tersebut, misalnya, gigi incisivus(incisors/gigi seri) dan caninus(gigi taring) mempunyai akar tunggal. Gigi Molar (geraham) pula boleh mempunyai satu akar, atau dua, atau tiga akar, tergantung kepada jenis molar nya dan lokasi nya berada di dalam mulut. Di hujung setiap akar, akan ada satu bukaan/lubang kecil yang dikenali sebagai "foramen apikal", di sinilah tempat laluan pembuluh darah dan saraf masuk ke gigi anda.
  4. Enamel - lapisan pelindung dan terluar yang keras yang melapisi mahkota anatomi gigi. Ia berkebolehan menahan tekanan ketika gigi menjalankan fungsi mengunyah, menggigit dan mengisar makanan. Tetapi ia juga bersifat mudah retak disebabkan tahap elastik nya yang rendah. Jadi jika terjadi trauma atau kecederaan yang menyebabkan keretakan gigi, tubuh tidak berupaya untuk membaikinya menjadi seperti keadaan asal/normal semula, sebagaimana tubuh membaiki tulang yang patah, jadi sangat penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi gigi anda daripada terkena kecederaan, trauma, perlanggaran dengan benda keras, kemalangan dan hentakan. Gigi yang hilang atau retak tiada gantinya. Misalnya, sesetengah orang memakai "mouth guard" ketika bersukan. Enamel bersifat translusen, di mana cahaya boleh menembusinya, tetapi kurang jelas/masih kabur. Walaupun enamel merupakan lapisan terluar gigi, tetapi sebenarnya lapisan yang paling berperanan dalam menentukan warna gigi adalah lapisan dentin yang berada di bawah permukaan enamel. konsumsi makanan/minuman seperti kopi, teh, tembakau, dan kurangnya menjaga kebersihan mulut boleh menyebabkan pewarnaan pada luar permukaan enamel. Doktor gigi boleh menghilangkan pewarnaan ini dengan teknik pemolesan (pengilatan).
  5. Sementum - adalah lapisan yang melindungi akar gigi. Ia tidaklah sekeras enamel, dan tidak berwarna putih sebagaimana enamel. Sementum melekat pada serat2 halus yang membantu menghubungkan gigi ke tulang rahang.
  6. Dentin - merupakan substans seperti tulang yang merupakan bahagian terbesar pada gigi. Ia terletak di bawah enamel dalam mahkota dan di bawah sementum dalam bahagian akar. Memainkan peranan dalam memberi warna pada gigi. Biasanya gigi berwarna putih keabu-abuan transparan atau kuning, bukan putih yang sebenar-benarnya. Pewarnaan mahupun lunturnya warna gigi (discolouration) berpunca daripada beberapa sebab, penggunaan florida yang berlebihan, penggunaan ubatan seperti tetrasiklin ketika gigi sedang di tahap tumbuh kembang. Warna gigi juga boleh menjadi lebih gelap seiring dengan pertambahan usia, hal ini boleh diatasi dengan teknik "whitening".
  7. Pulpa dan rongga pulpa - Pada bahagian tengah gigi, di bawah lapisan dentin, terdapat rongga pulpa. Ruang ini mengandungi pembuluh2 darah, saraf, dan tisu penghubung. Suplai darah pada pulpa ini memberi bekalan nutrien dan oksigen untuk memastikan gigi sentiasa 'hidup'. Bahagian rongga pulpa yang terletak dalam akar pula dikenali sebagai ruang pulpa (root/pulp canal). Bahagian pulpa yang menonjol ke arah atas atau ke arah cusps dipanggil "tanduk pulpa" (pulp horn).
  8. Ruang pulpa - Ruang pulpa adalah ruang yang terbuka di dalam akar. Pembuluh darah dan saraf memasuki gigi melalui ruang pulpa ini dan menjadi sebahagian daripada pulpa. Kadangkala, pulpa terinflamasi, terinfeksi dan sudah tidak boleh lagi menyalurkan bekalan nutrien kepada gigi. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, boleh dilakukan perawatan terapi untuk pulpa, bagi mengelakkan gigi asal hilang disebabkan oleh pencabutan.
  9. Foramen apikal - satu bukaan halus di hujung kecil setiap akar yang memberikan laluan masuk untuk pembuluh darah dan saraf ke gigi.

Struktur di sekeliling gigi yang memberi sokongan kepada kedudukan gigi dan hubungannya dengan struktur di sekitarnya dikenali sebagai periodonsium. Ia terdiri daripada gingiva (gusi), sementum, tulang alveolar (rahang), dan ligamen periodontal. Rawatan terhadap gusi dan penyakit di sekitarnya dikenali sebagai periodontik.