Nama Gigi Anda dan Bila ia Tumbuh.

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 10:59 PM



Ini merupakan gambaran di dalam mulut orang dewasa normal. Perhatikan pembahagiannya pada rahang atas (maksila) dan rahang bawah (mandibula). Perhatikan pula pembahagian kwadran di dalam mulut, ada 4 kwadran: K1 (atas kanan); K2 (atas kiri); K3 (bawah kiri) dan K4 (bawah kanan). Anda hanya perlu mengingat nama2 gigi dalam 1 kwadran gigi, cukup sekadar itu; kerana setiap kwadran adalah refleksi kepada kwadran di sebelahnya.




Jangan tak tahu yang setiap batang gigi kita ni mempunyai nama masing-masing. Apa tujuan nama? Nama fungsinya supaya kita tahu dan kenal sesuatu benda atau seseorang. Begitu juga dengan gigi. Jadi, bile orang tanya, gigi mana yang anda sakit? Anda sebut lah nama gigi nya, sekiranya perlu dijelaskan lagi, sebut pula posisinya. :)

Beberapa hal asas tentang gigi yang perlu kita tahu:

(1) Bilangan gigi susu yang dipunyai oleh kanak-kanak: 20 batang.
(2) Bilangan gigi permanen orang dewasa normal : 32 batang
(3) Erupsi Gigi (bila gigi tumbuh) - akan dijelaskan kemudian.

NAMA GIGI SUSU (lihat gambar di atas).
A: central incisor - gigi seri tengah
B: lateral incisor - gigi seri kedua
C: caninus - gigi taring
D: First molar - geraham pertama
E: Second molar - geraham kedua

Geraham pertama gigi susu akan diganti dengan pra-geraham pertama gigi kekal. Begitu juga dengan geraham kedua gigi susu, akan diganti dengan pra-geraham kedua gigi kekal. Terdapat pertambahan gigi pada orang dewasa, iaitu geraham pertama, kedua dan ketiga (tidak semua orang memiliki geraham ketiga), menjadikan asal 5 batang gigi susu yang terdapat dalam 1 kwadran (5 batang x 4 kwadran = 20 batang) diganti dengan 8 batang gigi kekal dalam 1 kwadran (8 batang x 4 kwadran = 32 batang gigi kekal).

NAMA GIGI KEKAL (lihat gambar di atas).
1: Central Incisor (gigi seri tengah)
2: Lateral Incisor (gigi seri kedua)
3: Canine (gigi taring)
4: First Premolar (pra geraham pertama)
5: Second Premolar (pra geraham kedua)
6: First Molar (geraham pertama)
7: Second Molar (geraham kedua)
8: Third Molar (geraham ketiga)

Pesanan penaja
: Saya nasihatkan agar sambil membaca, anda menyemak gigi-gigi yang terdapat di dalam mulut anda, supaya dpat diketahui sekiranya wujud bilangan gigi yang abnormal. ;)

Erupsi Gigi

Erupsi bermaksud proses pertumbuhan gigi menembusi gusi untuk tumbuh ke dalam tulang rahang dan menduduki posisi tertentu dalam rongga mulut. Bila gigi mula bertumbuh dan gigi yang mana yang muncul pada umur-umur tertentu.
Perhatikan gigi anak-anak anda dari mula-mula ia dilahirkan, atau selepas beberapa bulan, sampai umurnya bertambah.


14 comments:

ARYN said...

sy dh kira byk kali gg sy ada extra 1 di rahang bwh. tak pasti sama ada ia central incisor atau lateral incisor. xnormal la kan.huhu

Farhana & Farhani Azizan said...

=)

supernumeric. Terlebih tu.

miszati said...

sy takde geraham ketiga.overall gigi sy 28 btg.akk sy 32.bace blog ni baru fhm.kirenye sy normal la kn.

apple && mango said...

saya 17 thun . dah tak cabut ggu since 11 thun sebb xda yg rosak . ggi bawah sy suma ad 14 . skarang ggi garham dua dr belakang sy rosak . klu cabut , nnti ggi tu tumbuh blek tak ?

apple && mango said...

saya 17 thun . dah tak cabut ggu since 11 thun sebb xda yg rosak . ggi bawah sy suma ad 14 . skarang ggi garham dua dr belakang sy rosak . klu cabut , nnti ggi tu tumbuh blek tak ?

Anonymous said...

nk tanya...nape gigi taring saya kat atas tk tumbuh sampai skrg,padahal masa sy umur 11thn dah tanggal??skunk nie umr 14 thn??pliss help me..gigi tu akn tumbuh lg tk???kalo tak nk wat cam ne???

cik faez said...

thanks utk info yg bermanfaat .. sy baru tumbuh gigi geraham 3 tu .. xsakit sgt tp tmpat gigi tumbuh tu panas dr gigi2 yg lain .. normal ke gitu ??

**nak pinjam gmbr2 post kt sini utk buat pst kat blog kitaa .. thankss :)

Anonymous said...

Izzati : saya punya 2nd premolar pecah sebab tergigit batu masa kunyah nasi , then lama2 gigi tu jadi hitam . Saya nak tampal tapi dr tu kata tu gigi susu , saya x percaya so x cabut smpai sekarang . Rasanya dah setahun lebih kot . Boleh tlg x ? Pleasseeee.

Anonymous said...

Dr tu suruh cabut .

Anonymous said...

Kalau ada 36 gigi extra graham atas dan bawah. Macam mana pula ?

Sakit Gigi said...

makasih artikelnya om

Unknown said...

Betul ke...kalau dah tumbuh semua gigi...ketumbuhan seseorang itu dah tak ada???

Anon said...

Mcm mana nk differentiate antara geraham yg susu dgn yg kekal?sye rasa nk cabut gigi geraham tp tkot xtmbuh lg..

Anonymous said...

比较开放的视频聊天室 , 三色午夜秀聊天室 , 哪个视频聊天室最开放 , 293视频聊天室 , 真人美女视频 , 美女真人视频网 , 美女视频直播 , 美女视频六房间 , 美女热舞视频 , 韩国美女视频