Gigi anda seperti sebatang pokok, terdapat bahagian yang boleh dilihat oleh mata (bahagian mahkota/crown), dan ada bahagian yang tidak terlihat, iaitu bahagian akarnya yang tertanam di dalam gusi dan tulang rahang (alveolar bone).
Gigi terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan terluar dikenali sebagai ENAMEL yang terbina dari kalsium hidroksi apatit, satu unsur inorganik pada gigi dan merupakan kristal keras yang menyebabkan lapisan ini menjadi bahagian paling keras dalam tubuh. Lapisan berikutnya ialah DENTIN, yang kekerasannya lebih rendah dari kekerasan enamel. Pulpa di ruang tengah bahagian dalam gigi mengandungi saraf2 yang mengendalikan sensasi panas, sejuk, dan sakit. Pulpa juga mengandungi pembuluh darah kecil di dalamnya.
STRUKTUR GIGI
- Mahkota (Crown) - bahagian gigi yang boleh dilihat, yang terletak di atas garis pembatas gusi. Bahagian gigi yang diliputi enamel dipanggil sebagai "mahkota anatomi". Panjang bahagian mahkota ini boleh bertambah seiring dengan bertambahnya usia kita, kerana gusi akan mengalami penurunan (gum's receding) dan penyakit periodontal juga boleh menyebabkan tisu-tisu sekitar gusi musnah, jadi gusi menjadi berkurang dan gigi terlihat bertambah panjang walaupun pada dasarnya, gigi sebenarnya tidak bertumbuh. Gusi yang menurun akan menyebabkan bahagian akar yang terdedah menjadi lebih luas, gigi menjadi longgar dan tidak stabil. "Mahkota anatomi" ini juga boleh menjadi semakin kecil seiring bertambahnya usia disebabkan oleh erosi, atrisi, dan abrasi enamel, proses ini selalunya berlaku secara perlahan-lahann tapi dapat pula dipercepatkan dengan keadaan oklusi seseorang yang tidak normal (maloklusi) dan satu tabiat/kebiasaan seseorang yang berlaku tanpa disedari seperti "night grinding" (melaga-lagakan gigi atas dan bawah dengan tekanan yang kuat, terutama ketika tidur).
- Servikal (neck ) - bahagian di mana mahkota bertemu dengan akar.
- Akar (root) - bahagian gigi yang tertanam dalam tulang rahang/alveolar atas dan bawah. Akar yang terbentuk pada setiap gigi bergantung kepada jenis gigi tersebut, misalnya, gigi incisivus(incisors/gigi seri) dan caninus(gigi taring) mempunyai akar tunggal. Gigi Molar (geraham) pula boleh mempunyai satu akar, atau dua, atau tiga akar, tergantung kepada jenis molar nya dan lokasi nya berada di dalam mulut. Di hujung setiap akar, akan ada satu bukaan/lubang kecil yang dikenali sebagai "foramen apikal", di sinilah tempat laluan pembuluh darah dan saraf masuk ke gigi anda.
- Enamel - lapisan pelindung dan terluar yang keras yang melapisi mahkota anatomi gigi. Ia berkebolehan menahan tekanan ketika gigi menjalankan fungsi mengunyah, menggigit dan mengisar makanan. Tetapi ia juga bersifat mudah retak disebabkan tahap elastik nya yang rendah. Jadi jika terjadi trauma atau kecederaan yang menyebabkan keretakan gigi, tubuh tidak berupaya untuk membaikinya menjadi seperti keadaan asal/normal semula, sebagaimana tubuh membaiki tulang yang patah, jadi sangat penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi gigi anda daripada terkena kecederaan, trauma, perlanggaran dengan benda keras, kemalangan dan hentakan. Gigi yang hilang atau retak tiada gantinya. Misalnya, sesetengah orang memakai "mouth guard" ketika bersukan. Enamel bersifat translusen, di mana cahaya boleh menembusinya, tetapi kurang jelas/masih kabur. Walaupun enamel merupakan lapisan terluar gigi, tetapi sebenarnya lapisan yang paling berperanan dalam menentukan warna gigi adalah lapisan dentin yang berada di bawah permukaan enamel. konsumsi makanan/minuman seperti kopi, teh, tembakau, dan kurangnya menjaga kebersihan mulut boleh menyebabkan pewarnaan pada luar permukaan enamel. Doktor gigi boleh menghilangkan pewarnaan ini dengan teknik pemolesan (pengilatan).
- Sementum - adalah lapisan yang melindungi akar gigi. Ia tidaklah sekeras enamel, dan tidak berwarna putih sebagaimana enamel. Sementum melekat pada serat2 halus yang membantu menghubungkan gigi ke tulang rahang.
- Dentin - merupakan substans seperti tulang yang merupakan bahagian terbesar pada gigi. Ia terletak di bawah enamel dalam mahkota dan di bawah sementum dalam bahagian akar. Memainkan peranan dalam memberi warna pada gigi. Biasanya gigi berwarna putih keabu-abuan transparan atau kuning, bukan putih yang sebenar-benarnya. Pewarnaan mahupun lunturnya warna gigi (discolouration) berpunca daripada beberapa sebab, penggunaan florida yang berlebihan, penggunaan ubatan seperti tetrasiklin ketika gigi sedang di tahap tumbuh kembang. Warna gigi juga boleh menjadi lebih gelap seiring dengan pertambahan usia, hal ini boleh diatasi dengan teknik "whitening".
- Pulpa dan rongga pulpa - Pada bahagian tengah gigi, di bawah lapisan dentin, terdapat rongga pulpa. Ruang ini mengandungi pembuluh2 darah, saraf, dan tisu penghubung. Suplai darah pada pulpa ini memberi bekalan nutrien dan oksigen untuk memastikan gigi sentiasa 'hidup'. Bahagian rongga pulpa yang terletak dalam akar pula dikenali sebagai ruang pulpa (root/pulp canal). Bahagian pulpa yang menonjol ke arah atas atau ke arah cusps dipanggil "tanduk pulpa" (pulp horn).
- Ruang pulpa - Ruang pulpa adalah ruang yang terbuka di dalam akar. Pembuluh darah dan saraf memasuki gigi melalui ruang pulpa ini dan menjadi sebahagian daripada pulpa. Kadangkala, pulpa terinflamasi, terinfeksi dan sudah tidak boleh lagi menyalurkan bekalan nutrien kepada gigi. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, boleh dilakukan perawatan terapi untuk pulpa, bagi mengelakkan gigi asal hilang disebabkan oleh pencabutan.
- Foramen apikal - satu bukaan halus di hujung kecil setiap akar yang memberikan laluan masuk untuk pembuluh darah dan saraf ke gigi.
Struktur di sekeliling gigi yang memberi sokongan kepada kedudukan gigi dan hubungannya dengan struktur di sekitarnya dikenali sebagai periodonsium. Ia terdiri daripada gingiva (gusi), sementum, tulang alveolar (rahang), dan ligamen periodontal. Rawatan terhadap gusi dan penyakit di sekitarnya dikenali sebagai periodontik.
3 comments:
Saudara-saudari pengunjung blog sekalian,
sekiranya ada terminologi yang kurang difahami, harap ditanyakan.
Jangan lupa gosok gigi ye dan senyum selalu...
Ok.... gosok gigi dan selalu tersenyum!
:-)
http://ummul-orthodonti.blogspot.com
(yang selalu tersenyum!)
tlupa nak gosok gigi pg ni
Post a Comment