Teknik Memberus Gigi

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 10:09 PM

Gambar panduan di atas ini menunjukkan teknik memberus gigi yang benar (www.apsaradental.com). Anda boleh klik pada gambar untuk membesarkan imej.

Kebanyakan teknik memberus gigi yang dipilih oleh pakar-pakar pergigian ialah "roll methode". Teknik ini merupakan teknik yang agak sederhana, sesuai bagi mereka yang giginya mengalami masalah hipersensitif. Caranya:
  1. Bahagian permukaan berus gigi diletakkan bersentuhan dengan bahagian luar gusi dengan bulu berus gigi ke arah akar dan sejajar dengan panjang gigi (top-bottom).
  2. Kemudian, berus diputar perlahan-lahan ke bawah pada rahang atas dan ke atas secara perlahan-lahan pada rahang bawah sehingga bulu berus gigi dapat menggosok seluruh permukaan gigi dan gusi.
  3. Lakukan dalam lebih kurang 10 putaran untuk permukaan gigi yang menghadap ke pipi/bibir (buccal/labial) dan kemudian berus gigi digeser ke permukaan gigi yang menghadap ke lidah (lingual).
  4. jika semua permukaan yang menghadap ke pipi dan lidah sudah dibersihkan, dataran permukaan gigi dapat diberus dengan pergerakan memutar (rotation). Jangan lupa untuk memberus untuk memberus permukaan lidah agar sisa-sisa makanan yang masih terlekat dalam mulut dapat dihilangkan semaksimum mungkin.
  5. Kumurlah berkali-kali (2/3 kali) untuk membilas seluruh permukaan rongga mulut yang sudah diberus.
  6. Untuk kesan yang lebih sempurna, digalakkan berkumur dengan 'mouthwash' selepas memberus gigi untuk mematikan kuman/bakteria dan memakai 'dental floss' bagi membuang sisa2 di celah-celah gigi yang menjadi punca pembentukan plak dan karies gigi. Rutin yang wajar ialah: berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, floss sekurang-kurangnya sekali sehari dan guna mouthwash dua kali sehari. Berus gigi mungkin perlu diganti dengan kerap, dua kali sebulan atau sebulan sekali.
Anda dijemput untuk menonton animasi di website ini sekiranya memerlukan gambaran yang lebih jelas tentang teknik-teknik memberus yang betul. Mulakan memberus gigi dengan teknik yang betul dari sekarang!!!
p/s: Pesanan buat diri ini juga..

0 comments: