Bismillah.Assalamu'alaikum wbkth.
Dalam masa beberapa minit ini akan saya ulas sedikit tentang bersiwak/memberus gigi ni..Sebenarnya, banyak juga masalah kesihatan gigi dan mulut berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah, walaupun dalam sehari tu seseorang memberus gigi beberapa kali tapi kalau tekniknya salah, ia tidak dapat memberi kesan yang signifikan, malah, mungkin boleh menimbulkan dampak buruk yang lain seperti 'gum's recession', 'bleeding gum', penipisan enamel dan sebagainya. Jadi, di sini yang ulas sedikit tentang pemilihan berus gigi yang sesuai dan teknik memberus gigi yang benar, selaras dengan anjuran Rasulullah SAW supaya kita menitikberatkan 'siwak' ini dalam sarana menjaga kebersihan gigi, mulut dan kesihatan oral.

Panduan Pemilihan Berus Gigi (Guide to toothbrushes).
Sebagai pengguna, sudah tentu kita seringkali tercari-cari dan cuba memilih berus gigi yang sesuai atau paling bagus untuk dipakai. Kalau anda bertanya kepada saya, saya tidak akan mempromosikan mana-mana 'brand' berus gigi sekalipun iklan tentangnya sering dikormesialkan di media massa mahupun media elektronik, dengan pelbagai bentuk, saiz, ciri-ciri yang canggih, warna yang menarik, ada yang jenis manual dan ada yang elektrik, terkadang sukar untuk buat pilihan!!! Ada pula jenis berus gigi yang tangkainya fleksibel, boleh membengkok bila dimasukkan ke dalam mulut, saiz berusnya bervariasi dari segi panjang dan warna, kononnya dicipta sedemikian rupa supaya dapat mencapai bahagian celah-celah gigi yang sulit dicapai berus gigi ketika menggosok gigi. Impressive, tapi benarkah ia lebih baik daripada berus gigi biasa?? Jawapannya, tidak semestinya!!! Faktnya, berus gigi tidak tertakluk pada mana-mana 'clinical trial' yang boleh membuktikan bahawa sesuatu brand berus gigi itu lebih bagus daripada yang satu lagi.Apakah perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa memilih berus gigi? Jawapannya ialah keselesaan dan kebolehannya mencapai gigi bahagian paling belakang dalam mulut anda.
Antara ciri-ciri utama lain:-
- Rasa selesa ketika memegang berus gigi tersebut - Pemegang/tangkai berus gigi terkadang panjang, ada yang pendek, tebal dan nipis, ada yang fleksibel, dan ada yang kaku, ada yang halus dan ada yang kasar, pilihlah yang mana kamu rasa kamu boleh pegang dengan pegangan yang 'santai' (macam pegang pen ketika menulis), fit dan selesa digunakan.
- Sesuai dengan saiz mulut anda - Saiz mulut bagi setiap orang berbeza mengikut ukuran badan dan umur, jadi pilihlah yang sesuai dengan ukuran mulut anda, samaada kecil atau besar, pastikan berus gigi yang dipilih dapat mencapai gigi-gigi pada bahagian belakang mulut dan boleh memberus lebih daripada 1 batang gigi pada masa yang sama.
- Berus gigi yang dipilih mestilah lembut (soft/extra soft bristles) - bagi mengelakkan kecedaraan gusi, especially bagi seseorang yang sering bersiwak (take note), gunalah berus gigi yang lembut (soft/extra soft).
- Sekiranya sesuatu produk berus gigi itu ada mempunyai logo yang menandakan ianya telah diuji oleh pihak berautoriti dan melepasi standard piawaian, maka itu adalah lebih digalakkan.
Anda juga boleh memilih berus gigi elektrik (powered toothbrush), sekiranya anda inginkan kebersihan yang lebih terjamin (mungkin seseorang itu tidak terlalu yakin dengan teknik manual yang digunakannya), lebih mudah dan masa yang diperuntukkan lebih lama, berkesan dalam mengurangkan plak pada gigi.
Just bear in mind, gosoklah gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, setiap kali paling kurang 2-4 minit, dengan teknik memberus yang tepat untuk mengurangkan plak dan memastikan kesihatan oral terpelihara, kebersihan gigi dan mulut tidak bergantung kepada jenis berus gigi yang anda pakai, tapi teknik yang anda pakai sangat memainkan peranan yang signifikan.

0 comments:
Post a Comment