Soalan 1: 1) Apakah faktor gigi tidak tersusun dengan sempurna?
'Crowding' terjadi kerana:-
1. ketidaksesuaian antara ukuran lengkung rahang dan ukuran kelebaran gigi2.
Biasanya, ukuran lebar gigi lebih besar daripada ukuran lengkung rahang seseorang, kerana fungsi rahang menurun sehingga pertumbuhan rahang menjadi tidak maksimum/rahang tidak bertumbuh dan berkembang secukupnya. Akibatnya, rahang tidak memiliki cukup ruang untuk menampung semua gigi2 anda.
2. premature lost
Gigi sulung/gigi susu anak2 tanggal sebelum sampai waktunya. Setiap gigi kita sebenarnya ada waktu2 tertentu untuk tanggal/tercabut. Contoh, gigi incisivus depan biasanya akan tanggal pada umur 7 atau 8 tahun. Sekiranya gigi2 dicabut sebelum waktunya, rahang tidak dapat berkembang dengan sempurna disebabkan ketiadaan gigi yang dicabut sebelum sampai masanya. Faktanya, gigi sulung anak2 jangan dicabut, tunggu sampai masanya akan tanggal sendiri sebab gigi sulung ini memberi jalan untuk tumbuhnya gigi permanent. Apabila rahang tak dapat berkembang sempurna, tempat untuk gigi permanent tumbuh menjadi kurang. Jadi, penting diingat supaya gigi susu anak2 dijaga dengan elok supaya tidak rosak, sekiranya rosak, ia terpaksa dicabut lebih awal dari masa yang sewajarnya ia tanggal.
3. Persistensi
Persistensi adalah lawan kepada premature lost. Gigi tanggal lewat dari masa/umur yang sewajarnya. Hal ini berkaitan dengan proses resorbsi fisiologi yang tak sempurna, kadang2 dapat kita temui kes2 di mana posisi benih gigi permanent(yg terdapat dalam tulang rahang alveolar) lebih ke arah lidah, jadi tak dapat mengikis akar gigi susu, menyebabkan gigi susu tanggal lebih lama dari waktu yang sewajarnya, gigi permanen pula sudah tumbuh tapi ke arah belakang, sebab itulah terjadi gigi bersusun.
4. Genetik
Contoh, si ayah yang mempunyai ukuran gigi yang besar2 berkahwin dengan si ibu yang ukuran lengkung rahangnya kecil2, sekiranya anak mewarisi gen gigi daripada ayah, dan gen rahang daripada ibu, maka terjadilah abnormality pada posisi gigi2 pada rahang disebabkan faktor yang pertama tadi iaitu ketidaksesuaian ukuran lengkung rahang dan saiz gigi.
5. Trauma
Terhantuk, atau mulut terlanggar dengan benda2 keras atau tajam ketika kemalangan dsbg dapat menyebabkan rahang dan gigi tercedera, mengalami masalah pertumbuhan dan susunan gigi tak normal.
6. Kebiasaan Buruk sejak Kecil yang berlarutan
kebiasaan buruk yang dimaksudkan ialah menghisap jari atau puting dalam tempoh masa yang lama sehingga bertahun2, bahkan sehingga dewasa, masih ada lagi yang mempunyai tabiat buruk ini, kebiasaan ini akan memberi tekanan kepada gigi2 yang bertumbuh, akibatnya posisi gigi tumbuh agak ke depan.
Soalan 2: Apakah amalan yang perlu di praktik sejak kecil untuk diterapkan pada anak-anak bagi memperoleh gigi yang kuat, sihat dan cantik?
Jawab:
Amalan2 yang perlu dipraktik sejak kecil:-
1. Elakkan kebiasaan buruk menghisap ibu jari dsbg
2. Jaga pemakanan, hindari makanan yang mengandung glukosa yang tinggi, yang boleh menyebabkan karies gigi.
3. Ibu bapa perlu mencuci gusi bayi dengan berus gigi bayi atau kain untuk mengelakkan bayi daripada mengalami karies susu.
4. Seperti biasa, gosok gigi paling kurang 2 kali sehari, dengan cara yang betul.
5. Bawa anak berjumpa doktor gigi secara rutin 2 kali setahun, jangan menakut-nakutkan anak dengan dentist.
6. Beri pendidikan tentang penjagaan gigi kepada anak2 sejak kecil, latih anak2 menggosok gigi sesuai waktu dan dengan cara yang tepat.
7. Faktor2 seperti genetik adalah faktor yang tak dapat dielakkan, kalau dibiarkan, akan mengalami masalah estetika, radang gusi dan gigi berlubang sebab berus gigi tidak sampai ke kawasan2 gigi yang terlindung disebabkan oleh posisi nya yang tidak betul, maka plak2 gigi akan terkumpul di situ dan meneyebabkan gigi berlubang. Cara mengatasinya adalah dengan rawatan ortodontik (pemasangan braces).
-dari thread forum Masalah Lazim Perubatan dan Pergigigan AFN-
0 comments:
Post a Comment