Gigi Sensitif

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 3:35 PM

Soalan 1: Apakah puncanya serangan gigi sensitif ?

Secara umum, punca2 gigi sensitif ialah:-
1. kebiasaan ketika menggosok gigi, tekanan yang dikenakan terlalu kuat menyebabkan lapisan keras enamel (yang letaknya paling luar) terhakis, apabila protector gigi itu sendiri terhakis, maka struktur dalam gigi akan terdedah, lapisan kedua gigi, iaitu dentin, lebih lembut dan lebih mudah menipis, seterusnya, ruang pulpa yang mengandungi saraf2 dan kapilari darah akan turut terdedah, sehingga menyebabkan gigi terasa sensitif bila ter exposed kepada suhu panas, sejuk, makanan masam, masin.

2. tekanan ini juga menyebabkan gusi mengalami irritation/ gusi menurun dari kawasan servikal/leher gigi. lama2, akar gigi akan terbuka, leher gigi berlubang, dan ketebalan lapisan keras enamel berkurang dan fenomena spt yg disebutkan di atas terjadi.

3. Oral hygiene yang kurang baik, berkumpulnya karang gigi sehingga menyebabkan berjuta2 kuman wujud di dalam mulut. lambat laun, karang gigi yang membanyak akan mengiritasi gusi dan gusi akan selalu berdarah. Timbullah bau mulut.

4. pembentukan lapisan enamel terjadi kurang sempurna/enamel hypoplasia (pd individu2 ttu shj).

5. Pengumpulan sisa-sisa makanan yg terselit di celah2 gigi yang bersebelahan. Jadi, sukar utk dibersihkan, bila pengumpulannya semakin byk, ia akan menekan gusi ke dalam melebihi normal.

Soalan 2: Macam mana nak atasi masalah gigi sensitif ? minum air sejukpun seksa.....

Jawab:
Cara mencegah dan mengubati:

1. Gunakan berus gigi yang lembut, tak perlu terlalu menggunakan banyak tenaga/memberi tekanan semasa menggosok gigi,sebaliknya gosoklah gigi dengan teknik yang tepat. Gosok gigi minimun 2 kali sehari, jagalah kebersihan oral.

2. pemeriksaan rutin 6 bulan sekali ke doktor gigi

3. elakkan daripada makan/minum mknan/minuman sejuk dan panas pada waktu yang sama. Perubahan suhu yang tiba2 boleh memberi kesan.

4. memakai dental floss dan mouthwash - membuang sisa2 makann yang tak tercapai oleh berus gigi dan mematikan bakteria.

5. pakai ubat gigi khusus untuk gigi sensitif, ada dentist yg akan offer 'desensitizing toothpaste' kpd pesakit, ubat gigi ini mengandungi elemen yang membantu menahan perpindahan 'sensasi kesakitan' daripada permukaan gigi ke urat saraf.

6. jika akar gigi sudah terbuka dan timbulnya lubang pada leher gigi, kawasan yang berlubang perlu ditampal.

7. utk kes hypoplasia enamel biasanya dibuat jacket crown yg baru

8. flourida gel- diberi untuk di apply pada kawsan gigi yang terasa sensitif utk kurangkan rasa sensasi kesakitan dan mengeraskan struktur enamel

9. utk kes gigi sensitif yang disebbkan oleh gusi menurun/reseding gums- dentist akan pakai agents yg terdiri daripada bahan plastik yg mengikat pada akar gigi utk mengukuhkan gigi sensitif.

10. utk kes gigi sensitif yang tak dapat diselamatkan, pesakit akan di offer untuk buat rawatan orthodontic/root canal treatment(rawatan akar gigi).

-dari thread forum Masalah Lazim Perubatan dan Pergigigan AFN-


0 comments: