Menjawab Persoalan: Bagaimana Nak putihkan Gigi??

Posted by Farhana & Farhani Azizan at 3:55 PM

Selalu org komplen gigi berubah warna bila menginjak dewasa/tua, ada perubahan warna yang melibatkan satu batang gigi shj, dan ada yang melibatkan beberapa gigi sekaligus, perubahan berlaku samaada pada bahagian permukaan gigi(enamel) sahaja atau sampai ke struktur gigi yang paling dalam…

Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan warna pada gigi adalah seperti berikut:-
1. Smoking (insyaAllah, warga AAN & AFN takde yg smoking)..
2. Pengaruh makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan menyebabkan keretakan gigi dan bila gigi retak, memberi jalan yang mudah kpd gigi untuk berubah warna
3. Minum kopi dan teh secara berlebihan
4. konsumsi beberapa jenis ubat-ubatan macam tetrasiklin
5. Trauma yg diikuti pendarahan dapat menyebabkan sel2 eritrosit (sel darah merah) pecah hingga produk penguraian darah tadi meresap ke dalam dentin. [jaga2 pulpa gigi anda]..
6. penuaan pun salah 1 faktor juge yg menyebabkan warna gigi berubah jadi COKLAT
7. penyakit sistemik dan genetic
8. penggunaan flourida yang berlebihan ketika gigi tengah melalui proses pertumbuhan dan perkembangan, sehingga merosakkan enamel, sampai enamel kelihatan berongga, lembut/lembik, dan mudah menyerap zat warna asing.

*enamel-lapisan terluar gigi yang paling keras dan bertindak sbg protecter kpd gigi itu sendiri, kalau enamel ada masalah, gigi anda juga akan bermasaalah
*dentin-lapisan gigi yang ke-2 selepas enamel
*pulpa-ruang dalam gigi yang ada kapilari2 dan saluran darah

Teknik2 pemutihan gigi yg digunakan dentist:-
1. bleaching – teknik yang paling glamour setakat ni terutama di negara2 membangun, teknik ni akan menghilangkan ’stain’ secara kimia, dgn cara mengaplikasikan sementara bahan pemutih tertentu seperti hidrogen peroksida (H2O2)..Prinsip kerjanya: menggunakan bhn pengoksida/oxidator yg dapat bereaksi pada struktur organik yg menyebabkan gigi berubah warna, dengan cara menguraikan stain menjadi molekul2 yang lebih kecil..oxidator ini akan membawa keluar air dari gigi..
2. teknik microabration – guna pumice dan HCl (asid hidroklorik)
3. teknik veneer/crown- guna composite/acrylic/porcelein

Pemutihan gigi dengan cara bleaching mestilah dibuat oleh mereka2 yg AHLI dalam bidang nya dgn methodes dan standard yg mengikut piawaian, kalau nak buat sendiri kat rumah, make sure consult dengan dentist duluan...Tentang biaya, relatif, bergantung kpd teknik yg digunakan...

Adapun ubat2 pemutih gigi yang dijual di pasaran, ada mcm2 jenis, ada yang disapu pada gigi atau diletakkan dalam ubat gigi atau dilekatkan pada gigi dengan alat khusus semlaman, anda haruslah memerhatikan kandungannya, antara yang perlu anda perhatikan ialah kandungan hidrogen peroksida nya haruslah tak melebihi 10 percent, dan ubat2 ini harus dipastikan telah melepasi piawaian..

Last but not least, ni ada tips sikit nak prevent gigi daripada cepat berubah warna:-

O Jaga kebersihan gigi – gosok gigi secara teratur dan cara yg TEPAT
O Terapkan pola makan sihat
O Konsumsi makanan kaya serat sejak umur kanak2
O Hindari bahan yang boleh mempengaruhi warna gigi seperti teh, kopi dan rokok
O Hati-hati menggunakan antibiotik terutama pada anak
O Rawat gigi secara teratur – jumpa dentist anda 6 bulan sekali utk sentiasa update kondisi mulut dan gigi anda

Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman yang Indah lagi Sihat =)

Go
-dari thread forum Masalah Lazim Perubatan dan Pergigigan AFN-

0 comments: