Bau mulut dalam istilah pergigian disebut halitosis. Ramai orang awam ingin mengetahui apakah punca dan cara untuk mengelakkan mulut berbau memandangkan ia boleh memberi impak negatif kepada penampilan dan emosi seseorang, dengan kata lain, seseorang yang mulutnya berbau tidak digemari untuk didekati dan hal ini boleh meyebabkan emosi seseorang itu terganggu, stress, dan rasa rendah diri untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.
Secara umumnya, halitosis disebabkan oleh memakan makanan yang berbau tajam seperti jering, petai, bawang putih, durian atau menghisap rokok. Terdapat juga faktor lain yang lebih membahayakan seperti kewujudan plak, karang gigi (kalkulus), gigi berlubang (karies), infeksi gusi, mulut kering dan penyakit lain yang bersangkutan , seperti diabetes, gangguan liver kronik, gangguan fungsi ginjal, dan sinusitis, yang boleh membawa kesan maut kepada kesihatan secara umum. Bukan itu sahaja, halitosis juga dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak terurus seperti kebiasaan diet atau waktu makannya tidak teratur., kerap minum minuman keras, dan merokok.
Di sini digariskan beberapa kaedah bagi mencegah bau mulut. Yang pertama, seseorang itu haruslah menggosok gigi dan lidah secara teratur terutama setiap kali selepas makan, ini adalah salah satu cara termudah dalam memelihara kebersihan mulut. Cara lain ialah dengan melakukan pembersihan karang gigi (scaling) secara berkala, 3 atau 6 bulan sekali, bergantung kepada banyaknya karang gigi. Kemudian, berkumur-kumur dengan menggunakan ubat kumur (mouthwash) kerana ini dapat membantu mengeluarkan kotoran yang terdapat di celah-celah gigi yang sukar dicapai ketika memberus gigi. Langkah kedua, kita dinasihatkan untuk minum air kosong sebanyak 8-10 gelas sehari, tujuannya adalah untuk memastikan gusi sentiasa dalam keadaan ”basah” dan metabolisme badan tetap stabil.
Selain itu, kita digalakkan juga meminum air teh hijau minimum 2-5 cawan sehari. Untuk pengetahuan pembaca, air teh banyak mengandungi bahan aktif iaitu catechins yang boleh membunuh bakteria di mulut, sekaligus menghilangkan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Seterusnya, anda dinasihatkan untuk banyak memakan buah-buahan terutamanya buah epal dan lobak. Perkara penting yang harus diingat untuk mencegah mulut berbau adalah seseorang yang biasa merokok atau minum minuman keras haruslah mengubah kebiasaan buruk tersebut, kerana merokok dapat memburukkan lagi keadaan kesihatan mulut sehingga menyebabkan terjadinya gingivitis (radang gusi atau gusi berdarah) manakala minuman keras pula boleh mengurangkan penghasilan air liur sehingga menyebabkan iritasi pada tisu sekitar mulut dan menyebabkan bau mulut seseorang semakin bertambah parah sehingga ia dijauhi oleh orang ramai.
Tuntasnya, kesihatan gigi dan mulut tidak boleh dipandang enteng, langkah-langkah pencegahan perlu diambil oleh setiap orang yang mendambakan untuk mempunyai gigi yang kuat dan mulut yang sihat, begitu juga mereka yang menitikberatkan nilai estetika dan penampilan, kesihatan oral amatlah penting untuk dijaga. Bau mulut merupakan salah satu masalah kesihatan yang menjadi persoalan ramai orang awam, diharap artikel ini dapat memecahkan kebuntuan bagi sesiapa yang mengalami masalah mulut berbau yang sukar diatasi, sekiranya punca-punca yang menyebabkan bau mulut tidak segera diatasi, hal ini akan memberi kesan yang lebih rumit lagi kepada kesihatan umum seperti penyakit jantung. Maka, melihat pentingnya peranan kesihatan gigi dan mulut terhadap kesihatan umum lain, kita dituntut untuk terampil menjaga dan merawatnya, ingat, cegah sebelum parah, kemudian tidak perlulah kita risau atau fobia untuk bertemu dengan doktor gigi apabila mengenangkan kesakitan yang harus ditanggung ketika perawatan dijalankan.
p/s: Terkenangkan masyarakat yg malu2 nk jumpa dr gigi, iA, sy akn post kan artikel2 ilmiah sy ttg kesihatan gigi dan mulut, ingat kesihatan oral tu sgt2la penting sbb mulut la pintu gerbang kpd masuknya pelbagai macam bakteria dan kuman juga makanan2 yg menyebabkan penyakit2 kronik lain..
*"Kalau saja tidak memberatkan umatku akan aku suruh menggunakan siwak setiap akan shalat" [HR. Ahmad dan At-Tirmidzi]
Halitosis/ Masalah Mulut Berbau
Posted by Farhana & Farhani Azizan at 3:55 PMThis entry was posted on 3:55 PM . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalam Wahh . .Memang betul , masalah mulut berbau ni kalau kita tak atasi sekarang dia akan melarat .Sebenarnya ada Tips Mengatasi Masalah Mulut Berbau
yang boleh anda cuba buat , atau untuk sesiapa yang ada masalah mulut berbau ini , boleh juga hubungi saya di Whatsapp +60107096284 Aini .Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda :)
Col atau wsap sy 0192513144. Murah dan ringkas..
Col atau wsap sy 0192513144. Murah dan ringkas..
Post a Comment