Bismillah..
Assalamu'alaikum..
Blog ini saya dirikan khas untuk memuatkan 1001 input tentang kesihatan gigi dan mulut. Di kalangan rakyat Malaysia, kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan oral masih di tahap yang minimal jika dibandingkan dengan negara-negara barat, Gigi dan mulut bagi orang-orang Eropah amat memainkan peran yang signifikan, ia tidak lain tidak bukan adalah satu elemen untuk memelihara estetis diri supaya anda lebih PD (percaya diri) bila berhadapan dengan orang ramai.
Saya sedar yang mungkin orang-orang kita segan dan malu apabila menyentuh persoalan tentang penjagaan gigi dan mulut, mungkin juga malas, kurang peduli, mungkin juga takut, seolah-olah ia merupakan satu 'fobia' buat masyarakat kita. Mungkin faktor kewangan juga mempengaruhi.
Sebab itulah, saya tekankan agar kita mengambil langkah2 pencegahan dan pemeliharaan sejak usia dini, well, Prevention is better than Cure.
Tujuan sampingan saya menubuhkan blog ini ialah supaya saya sendiri berusaha untuk mendampingi masyarakat, mengetahui dan memahami keluhan2 masyarakat, dan memperkaya ilmu aku tentang kesihatan gigi dan mulut, saya akan cuba bermandiri untuk mencari seluas pengetahuan yang mungkin dalam bidang ini, sebagai persediaan untuk melangkah masuk ke alam kerjaya, dan mungkin juga sebagai persediaan untuk menulis skripsi dalam tempoh lebih kurang dua tahun lagi.
Perlu juga ditekankan bahawa blog ini tidaklah terlalu ilmiah (sebisa mungkin akan diilmiahkan)(, soalnya penulis masih lagi pelajar Pergigian tahun ke-2 (di Fakultas Kedokteran Gigi, Univ Prof Dr Moestopo, Jakarta). Jadi, segala input yang saya letakkan di sini terdedah kepada kesalahan dan kritikan, saya memohon para doktor gigi, sahabat-sahabat yang belajar dalam bidang Pergigian untuk sama-sama memberi sokongan dan pengisian bagi membangunkan blog ini serta pembetulan sekiranya terdapat kesalahan fakta...
Ok, selamat membaca~
Farhani Binti Md Azizan
zealous_jovial_87@yahoo.com
Jakarta, Indonesia

0 comments:
Post a Comment